Kelas E-Learning (Penghasilan Logo secara online)

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 27 Oktober 2019, Pusat internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning iaitu kelas membuat logo secara online menggunakan BrandCrowd. Kelas ini disertai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas ini diadakan pada jam 1.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bagi membantu para pelajar menghasilkan logo menggunakan logo maker iaitu BrandCrowd. Para pelajar didedahkan dengan kepelbagaian cara menghasilkan logo termasuklah secara online. Para peserta diajar bagaimana memasukkan kepelbagaian bentuk gambar, mengubah tulisan, menyusunatur rekabentuk logo dan juga menukar warna menikut cita rasa masing-masing.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada logo maker
2. Pemilihan jenis logo yang ingin dihasikan (Logo perniagaan dll)
3. Merekabentuk dan menghasilkan logo
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali